ALAM SEKITAR
Alam
sekitar merupakan anugerah Tuhan yan tidak ternilai harganya. Kehidupan manusia
bergantung sepenuhnya kepada sumber alam yang luas ini sebagai tempat tinggal manusia,
gunung-gunung, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan
di lautan dan punca rezeki untuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Walaubagaimanapun penggunaan sumber secara sembarangan, berleluasa dan tidak
teratur akan menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar.
Kepentingan alam sekitar mewujudkan persekitaran bersih yang membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang segar merupakan komponen yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang indah lasimnya dipenuhi dengan pokok-pokok.Tumbuh tumbuhan membebaskan oksigen dan membolehkan badan mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Udara dalam alam sekitar yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan melalui menanam pokok di pesekitaran sekeliling dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Di alam sekitar yang nyaman juga dapat melakukan aktiviti luar atau beriadah tanpa gangguan yang menimbulkan perasaan tidak selesa.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih akan menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria dan deman denggi. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan. Tambahan pula, gangguan serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia
boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita
mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia
malah kepada kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut
memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di
muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia. Masyarakat haruslah berganding bahu antara satu sama lain dalam memelihara dan menjaga
kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang
pencemaran.
Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan
adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam
sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan
menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut
seperti ikan, udang dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi
protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan
sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut,
kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi
sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak
tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah negara yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan
dapat menarik perhatian pelancong asing atau penduduk tempatan. Kedatangan pelancong asing ke dalam
negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat
memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong
juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan
peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat
ditingkatkan.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan
sumber makanan dan sumber tumbuh-tumbuhan, ia berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan
saling membantu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar supaya kebersihan alam
sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.


